
Kumpulan ini telah diberi tanggungjawab untuk menaikkan nama jabatan PJ yang selama ini sunyi sepi. Dengan kemunculan mereka ini, suasana kemeriahan di jabatan PJ kembali ceria dengan gelak-ketewa, terutama Mizul dan Zainal ditambah pula dengan kelucuan seorang yang berasal dari republik besut dengan nama samaran Loloq kerana cerita jenaka yang amat lucu.
Pn. Hameedah telah diberi tanggunggjawab yang amat berat kerana anggota kumpulan ini semuanya mempunyai akal yang amat waras dan matang, maklumlah semua dah kahwin kecuali pelawak Khairi.
Walauapapun orang kata, orang cakap, orang dengar, orang lihat; kami telah bersatu hati dan bertekad untuk menjaga nama baik KSPK PJ 2008 dan berusaha untuk menaik nama KSPK PJ 2008 di mata warga IPKT.
Sekian.