Waktu Solat Hari Ini

Isnin, Ogos 31, 2009

Salam Ramdhan Al-Mubarak

Salam buat semua teman dan kenalan,
Sekarang saya update sedikit info terkini tentang perkembangan semasa saya. Now, saya kat SMKA Sheikh Abdul Malek sejak bulan Jun 2009. Januari hingga Mei 2009, aku direposting ke SMK Seri Nilam. Sekarang saya memegang jawatan Guru Penyelaras Bestari di SMKASHAM. Jadi aku dipindahkan kes sini atas tiket GPB. Kebetulan ada kekosongan, jadi saya cuba minta mengisinya. Bukan kerana di SMK Seri Nilam tak ok, tapi ingin kembali ke pangkal jalan, bidang IT. Puncanya, bila dah terpesong jauh dari bidang kita, maka tiada ilmu terkini IT yang ter"upadate". So bila dah terlibat secara langsung sebagai GPB, maka banyak ilmu yang diupdate terutamanya dalam rangkaian komputer. CN kena peraktik depan mata, baru boleh dapat ilmu dan solve problem,. Main teori mana boleh. Itu tentang kerjaya saya.
My family, sekarang anak ke3 AMANI dah masuk 8 bulan, dah boleh merangkak merata-rata. Suka kutip sampah. Satu lagi, dah boleh meniti-niti tapi tak boleh melangkah lagi.
Amin, dah 2 tahun 6 bulan, boleh dah kenal huruf sikit-sikit. Bercakap pun dah boleh faham. Minat membaca ada, suka kacau orang baca Quran.
Arif sekarang dah habis pertandingan syarahan, so hanya menumpukan kepada hafazan surah Yasin beserta maknanya. Jumaat lepas, ada slot Tadika YIT di TV1 jam 7.30 am. Tapi terlepas, sebab semalam baru dapat maklumat. Lama juga TV tunjuk kanak-kanak yang hafaz Yasin dan perkembangan terkini TYIT. Aku hari tu bersama keluarga tengok chanel lain, biasalah budak2 ni, chanel TV9.
Satu perkara lagi, aku dah log on my facebook atas nama "Mohd Faisal Jusoh". Ada lah sedikit info dan foto terkini.
Ok, jumpa lagi.

Khamis, Februari 26, 2009

Foto Terkini Putera Arif dan Amin





Inilah antara foto terkini gelagat dan posing putera-putera saya, Arif dan Amin. Tahun ini umur Arif dah 6 tahun, sekolah di Tadika Yayasan Islam Terengganu. Amin pula, semalam genap 2 tahun, 25 Febuari. Happy Birthday to you, my son, Amin Sayaaaaang. Amin sekarang sekolah kat Tadika Ibu Mithali. Tahun ini Amin dapat kawan baru, Amani. Pelajar baru berdaftar pada 10 Jan 2009. Main elok-elok, jangan bergaduh.
Jumpa lagi di posting yang akan datang untuk celoteh putera-puteri saya.

Puteri Sulong, Zuriat yang ketiga... Alhamdulillah





Foto Anakanda puteri yang pertama, Fakhriah Amani. Lahir pada 10 Jan 2009 di Hospital Sultanah Nur Zaharah, K.Terengganu. Syukur, Alhamdulillah kerana ditambahkan zuriat yang ketiga, semoga Allah memberi limpah rahmat dan rezeki yang bertambah kepada kami sekeluarga. Terima kasih, adinda Aini kerana sudi melahirkan dan membesarkan zuriat abang.

Tahun ini juga, Amani tidak keseorangan kerana sepupunya juga telah selamat dilahirkan pada bulan januari yang lepas juga, iaitu Majidi 7 Jan 2009, dan 2 minggu lepas awal Febuari, seorang lagi sepupu lelakinya selamat dilahirkan (nama dan tarikh dalam proses). Dan dijangka pertengahan tahun ini juga, seorang lagi sepupu Amani akan dilahirkan. Tunggu, samaada lelaki atau perempuan. Sekarang bila cucu mak dan ayah sudah berjumlah 58 orang. Amani cucu yang ke-57.

Dalam kegembiraan menyambut kelahiran baru pada bulan januari yang lepas, kami sekeluarga juga ditimpa kesedihan kerana anak saudara yang ke-2 telah kembali ke rahmatullah pada usia 20 tahun iaitu anak Abang Him ( Ustaz Salleh Jusoh, Ketua Jabatan JAPIM,IPG Dato, Razali Ismail). Dan selang 4 hari berikutnya, cucu saudara yang pertama, cucu Abg Him yang pertama juga kembali ke rahmatullah, meninggal dalam kandungan berusia hampir 7 bulan. Al-Fatihah, semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa mereka dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin, Ya Rabbal Aalamin.


Bersantai di Pantai Pandak, Chendring






Sebahagian foto yang diambil semasa bersantai bersama Kak Zue dan keluarganya di Pantai Pandak, Chendering. Ini merupakan kunjungan Kak Zue yang pertama ke pantai ini semasa cuti krismas yang lalu. Seronok anak-anak sedang bermain pasir dan bermain air. Jarang Arif dan Amin dapat peluang bermain bersama sepupu mereka, Baayah dan Izanuddin. Sejam tak cukup, kena tambah 1 jam lagi baru boleh balik. Kalau tak, mengamuk budak-budak nie.
Harap dapat bersantai lagi di pantai atau di tempat lain pula. Insyaallah.