Waktu Solat Hari Ini

Sabtu, November 22, 2008

Jejak sahabat.....

Salam buat sahabat-sahabat semua....
Sudah bertahun lamanya, kita semua berpisah.
Ada berbelas-belas tahun, ada yang bertahun-tahun, ada yang berbulan-bulan dan ada yang berminggu-minggu.

Wahai schoolmateku di SK Gong Tok Nasek 1985-1990,
Mung wak bende lening?
Wahai schoolmateku di SMK Panji Alam 1991-1995,
Ingat dok aku lagi?
Wahai coursemate BSC di UPM 1996-2000,
Di manakah kalian bekerja sekarang?
Wahai kplimate di MP Besut 2001,
Di mana cikgu mengajar sekarang?

Di sini, aku berharap rakan-rakan semua dapat meninggalkan note(Komen) di bawah untuk aku mendapat maklumat dari sahabat-sahabat sekelian.

Berpisah juga akhirnya

Masa begitu pantas berlalu. Setahun belajar di IPKT, akhirnya kumpulan kami terpaksa membawa haluan masing-masing pada tahun hadapan. Ada kawan yang minta dipostingkan ke Terengganu, ada yang ingin bersama isteri, ada yang mencari peluang pensyarah di IPKT dan macam-macam lagi haluan yang dicari pada kalendar tahun 2009.
Jadi bagi aku, setelah secara rasminya kalendar 2008 di IPKT ditutup pada 14 Nov lepas, aku berharap kawan-kawan semua dimakbulkan doa dalam mencapai hajat masing-masing. Terima kasih kawan-kawan dan minta maaf, kalau hampir setahun kita bersama ada salah silap, tersilap gurau, tersalah kata dan sebagainya.
Buat pensyarah semua, terutama yang mengajar kami, terima kasih atas ajaran dan nasihat buat kami semua. Salah silap, harap dimaafkan walaupun kami bukanlah sehebat yang diharapkan. Kami masih mentah, berilah peluang kepada kami untuk melakukan perubahan dan memperbetulkan kesilapan. Doakan kami berjaya di dunia dan di akhirat. Tuhan saja yang dapat membalas jasa dan budi baik tuan dan puan semua.
Wassalam.