Waktu Solat Hari Ini

Ahad, Jun 15, 2008

Antivirus Percuma

Assalamualaikum,

Di bawah ini disenaraikan beberapa capaian ke laman web untuk dimuaturunkan (download) antivirus yang percuma. Tapi semua produk percuma hanya untuk menarik perhatian kita untuk menjadi pelanggan yang berbayar. Walau apapun, versi percuma ini boleh digunakan dan dikemaskini setiap hari. Cuma tahap keselamatannya sedikit rendah dari yang versi penuh atau berbayar.
Selamat mencuba.

Senarai AntiVirus Terpilih

1. Avira Versi Percuma

2. AVG 8.0 Versi Percuma

3. Kaspersky Internet Security 2009 Versi Percubaan (Trial)

* Pastikan anda unistall semua antivirus yang sedia ada sebelum install versi baru. Antirus Avira boleh ditambah ke dalam komputer anda sekiranya Kaspersky atau AVG sudah tersedia.

Kaspersky + Avira = OK
AVG + Avira = OK
AVG + Kaspersky = KO

Sabtu, Jun 14, 2008

Cameron Highland

Cuti sekolah baru-baru ini, telah memberi peluang kepada semua keluarga untuk keluar bercuti samaada di dalam negara atau di luar negara. Bagi mereka yang mampu dan mempunyai ruang masa cuti yang panjang, ini lah masanya untuk mereka bersama keluarga untuk bercuti. Pemilihan tempat percutian adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti kos, masa, dan tarikan tempat tersebut seperti cantik, menarik, dan sebagainya.

Keluarga kami tidak terlepas peluang untuk bercuti ke Cameron Highland setelah bermesyuarat dan berbincang pada awal tahun 2008 lagi. Mengikut persetujuan awal, semua keluarga daripada keluarga Ayah Soh dan Mak Yam akan menyertai percutian ini. Tetapi disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan hanya 7 keluarga daripada 14 keluarga yang berjaya mengikuti percutian ini.

Percutian ini mencatatkan sejarah keluarga kami kerana ramai yang pertama kali menjejakkan kaki ke tempat percutian yang sejuk. Mereka sangat seronok kerana pertama kali dalam hidup dan menikmati udara sejuk dan suasana yang nyaman. Ada yang tak tahan nak mandi pagi, kerana kebetulan homestay yang kami sewa, pemanasnya air mandi rosak. Cabaran mandi pagi sudah menyeronokkan setiap ahli yang hadir.

Tanggal 5 Jun 2008, kami mulakan perjalanan. Perjalanan kami bermula dari Kuala Terengganu ke Gua Musang melalui jalan baru Tasik Kenyir yang dalam proses persiapan yang terakhir. Alhamdulillah jalan semua baik, cuma hanya di sempadan Kelantan jalannya masih belum boleh dilalui. Tetapi jalan alternatif iaitu di Felda Aring digunakan untuk sampai ke Gua Musang walaupun jalannya terpaksa berlopak dan banyak rosak tetapi masih boleh dilalui. Jika jalan ini siap, makan perjalan boleh dijimatkan antara 45 minit hingga 1 jam. Kami tiba di R&R Gua Musang dalm pukul 3 petang setelah bertolak dari KT pada pukul 11 pagi. Kami teruskan perjalanan ke destinasi impian setelah berehat lebih kurang 1 jam. Lebih kurang 2 jam perjalanan kami tiba di Kg. Raja, Cameron Highland. Kami terus memasuki homestay yang disewa tanpa melengahkan masa untuk merehatkan badan yang letih setelah hampir 7 jam perjalanan.

Antara tempat-tempat yang kami sempat lawati ialah Dataran Tanah Rata, Taman Mardi Tanah Rata, Pasar Petang Brinchang, taman strawbery, ladang teh, kedai kaktus dan bungaan, pasar pagi dan lain-lain. Macam-macam yang dibeli terutama sayuran dan buah-buah yang tidak dijual di pasar sekitar Kuala Terengganu.

Akhir sekali, kami selamat sampai di kampung halaman pada Sabtu, 7 Jun pada jam 6.30 petang.