Waktu Solat Hari Ini

Isnin, Ogos 31, 2009

Salam Ramdhan Al-Mubarak

Salam buat semua teman dan kenalan,
Sekarang saya update sedikit info terkini tentang perkembangan semasa saya. Now, saya kat SMKA Sheikh Abdul Malek sejak bulan Jun 2009. Januari hingga Mei 2009, aku direposting ke SMK Seri Nilam. Sekarang saya memegang jawatan Guru Penyelaras Bestari di SMKASHAM. Jadi aku dipindahkan kes sini atas tiket GPB. Kebetulan ada kekosongan, jadi saya cuba minta mengisinya. Bukan kerana di SMK Seri Nilam tak ok, tapi ingin kembali ke pangkal jalan, bidang IT. Puncanya, bila dah terpesong jauh dari bidang kita, maka tiada ilmu terkini IT yang ter"upadate". So bila dah terlibat secara langsung sebagai GPB, maka banyak ilmu yang diupdate terutamanya dalam rangkaian komputer. CN kena peraktik depan mata, baru boleh dapat ilmu dan solve problem,. Main teori mana boleh. Itu tentang kerjaya saya.
My family, sekarang anak ke3 AMANI dah masuk 8 bulan, dah boleh merangkak merata-rata. Suka kutip sampah. Satu lagi, dah boleh meniti-niti tapi tak boleh melangkah lagi.
Amin, dah 2 tahun 6 bulan, boleh dah kenal huruf sikit-sikit. Bercakap pun dah boleh faham. Minat membaca ada, suka kacau orang baca Quran.
Arif sekarang dah habis pertandingan syarahan, so hanya menumpukan kepada hafazan surah Yasin beserta maknanya. Jumaat lepas, ada slot Tadika YIT di TV1 jam 7.30 am. Tapi terlepas, sebab semalam baru dapat maklumat. Lama juga TV tunjuk kanak-kanak yang hafaz Yasin dan perkembangan terkini TYIT. Aku hari tu bersama keluarga tengok chanel lain, biasalah budak2 ni, chanel TV9.
Satu perkara lagi, aku dah log on my facebook atas nama "Mohd Faisal Jusoh". Ada lah sedikit info dan foto terkini.
Ok, jumpa lagi.