Waktu Solat Hari Ini

Rabu, Oktober 22, 2008

Kejohanan Mini Sukan Tertutup IPKT

KEJOHANAN SUKAN MINI TERTUTUP
IPKT 2008

PERTANDINGAN BOLA JARING
WANITA
3 ON 3

TARIKH : 29 OKTOBER 2008
MASA : 2.30 PETANG

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
LELAKI
3 ON 3

TARIKH : 30 OKTOBER 2008
MASA : 2.30 PETANG


HADIAH DAN HAMPER
JOHAN, NAIB JOHAN, TEMPAT KETIGA BERSAMA

ANJURAN
UNIT KSPK PJ DENGAN KERJASAMA JAB. PEND. JASMANI

SEBARANG PERTANYAAN DAN PENYERTAAN HUBUNGI

BOLA JARING
KHAIRI – 0148370223 ZAINAL – 0199495888

BOLA TAMPAR
FAIZU – 0199787232 MIZUL – 0199517882
Yuran Penyertaan
RM5 satu pasukan
Bilangan Permain
3 + 2 orang termasuk pengurus pasukan

Untuk Dapatkan Borang
Download di sini
atau
Sila email ke jmmfaisal@gmail.com

Khamis, Oktober 09, 2008

Salam Idulfitri

Assalamualaikum...
Selamat menyambut hari raya idulfitri buat semua sahabat dan kenalan semua, semoga kita berbahagia hendaknya. Hari raya sebagai tanda kejayaan bagi semua umat islam yang berjaya mengharungi ujian semasa di bulan ramadhan. Oleh itu, teruskan usaha dalam mengharungi ujian-ujian Allah yang lebih besar, semoga kita semua tergolong dari kalangan orang-orang yang bertakwa.
Selamat Hari Raya Idulfitri, Maaf Zahir Batin.

Jumaat, September 19, 2008

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum....

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dan semoga kita pertingkatkan segala amalan sunat supaya kita semua akan mendapat keberkatan, keampunan dan dijauhkan daripada azab api neraka.
Sekarang kita semua sebagai umat islam, telah berada di sepuluh akhir ramadhan. Maka pertingkatkanlah amal ibadah kita terutamanya di malam sepuluh akhir ramadhan ini kerana kita telah dijanjikan oleh Allah SWT dengan malam al-qadar (lailatul qadar) iaitu malam yang penuhi dengan keberkatan. Allah telah membuka pintu keberkatannya dengan memberi malam al-qadar bersamaan dengan seribu bulan. Oleh itu, sama-samalah kita tingkatkan keazaman untuk mencari malam yang penuh keberkatan ini.

Sekian, wassalam.

Ahad, Julai 27, 2008

Praktikum

Assalamualaikum.... semua sahabat KSPK Pendidikan Jasmani.

Dah hampir 4 minggu kita turun praktikum ke sekolah pilihan masing-masing. Macam mana mengajar kat SK? Bagi sahabat kita yang pernah mengajar SK rasa tak da masalah yang besar. Tapi bagi mereka yang baru pertama kali mengajar SK seperti saya, hai...berat juga duk layan kerenah anak-anak kecil. Tak biasa katakan. Tapi mengalaman ini bukan senang nak dapat kalau tak kena paksa. Yang penting, bila kita balik ke maktab nanti, mesti banyak cerita nanti pasal anak-anak murid yang ada berbagai kerenah.
Walau apapun selamat berjaya semua dalam mengharungi praktikum ini. Apa yang penting, kerja biar sungguh supaya dapat A dalam praktikum.

Sekian, serba sedikit coretan kali ini.

Ahad, Jun 15, 2008

Antivirus Percuma

Assalamualaikum,

Di bawah ini disenaraikan beberapa capaian ke laman web untuk dimuaturunkan (download) antivirus yang percuma. Tapi semua produk percuma hanya untuk menarik perhatian kita untuk menjadi pelanggan yang berbayar. Walau apapun, versi percuma ini boleh digunakan dan dikemaskini setiap hari. Cuma tahap keselamatannya sedikit rendah dari yang versi penuh atau berbayar.
Selamat mencuba.

Senarai AntiVirus Terpilih

1. Avira Versi Percuma

2. AVG 8.0 Versi Percuma

3. Kaspersky Internet Security 2009 Versi Percubaan (Trial)

* Pastikan anda unistall semua antivirus yang sedia ada sebelum install versi baru. Antirus Avira boleh ditambah ke dalam komputer anda sekiranya Kaspersky atau AVG sudah tersedia.

Kaspersky + Avira = OK
AVG + Avira = OK
AVG + Kaspersky = KO

Sabtu, Jun 14, 2008

Cameron Highland

Cuti sekolah baru-baru ini, telah memberi peluang kepada semua keluarga untuk keluar bercuti samaada di dalam negara atau di luar negara. Bagi mereka yang mampu dan mempunyai ruang masa cuti yang panjang, ini lah masanya untuk mereka bersama keluarga untuk bercuti. Pemilihan tempat percutian adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti kos, masa, dan tarikan tempat tersebut seperti cantik, menarik, dan sebagainya.

Keluarga kami tidak terlepas peluang untuk bercuti ke Cameron Highland setelah bermesyuarat dan berbincang pada awal tahun 2008 lagi. Mengikut persetujuan awal, semua keluarga daripada keluarga Ayah Soh dan Mak Yam akan menyertai percutian ini. Tetapi disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan hanya 7 keluarga daripada 14 keluarga yang berjaya mengikuti percutian ini.

Percutian ini mencatatkan sejarah keluarga kami kerana ramai yang pertama kali menjejakkan kaki ke tempat percutian yang sejuk. Mereka sangat seronok kerana pertama kali dalam hidup dan menikmati udara sejuk dan suasana yang nyaman. Ada yang tak tahan nak mandi pagi, kerana kebetulan homestay yang kami sewa, pemanasnya air mandi rosak. Cabaran mandi pagi sudah menyeronokkan setiap ahli yang hadir.

Tanggal 5 Jun 2008, kami mulakan perjalanan. Perjalanan kami bermula dari Kuala Terengganu ke Gua Musang melalui jalan baru Tasik Kenyir yang dalam proses persiapan yang terakhir. Alhamdulillah jalan semua baik, cuma hanya di sempadan Kelantan jalannya masih belum boleh dilalui. Tetapi jalan alternatif iaitu di Felda Aring digunakan untuk sampai ke Gua Musang walaupun jalannya terpaksa berlopak dan banyak rosak tetapi masih boleh dilalui. Jika jalan ini siap, makan perjalan boleh dijimatkan antara 45 minit hingga 1 jam. Kami tiba di R&R Gua Musang dalm pukul 3 petang setelah bertolak dari KT pada pukul 11 pagi. Kami teruskan perjalanan ke destinasi impian setelah berehat lebih kurang 1 jam. Lebih kurang 2 jam perjalanan kami tiba di Kg. Raja, Cameron Highland. Kami terus memasuki homestay yang disewa tanpa melengahkan masa untuk merehatkan badan yang letih setelah hampir 7 jam perjalanan.

Antara tempat-tempat yang kami sempat lawati ialah Dataran Tanah Rata, Taman Mardi Tanah Rata, Pasar Petang Brinchang, taman strawbery, ladang teh, kedai kaktus dan bungaan, pasar pagi dan lain-lain. Macam-macam yang dibeli terutama sayuran dan buah-buah yang tidak dijual di pasar sekitar Kuala Terengganu.

Akhir sekali, kami selamat sampai di kampung halaman pada Sabtu, 7 Jun pada jam 6.30 petang.

Khamis, Mei 22, 2008

Kajian Tindakan

Penulis sekarang ini sedang menyiapkan satu kajian tindakan berkaitan satu tinjauan kepada pelajar-pelajar KPLI Pendidikan Jasmani IPKT 2008 tentang sejauh mana faktor minat mempengaruhi pemilihan kerjaya guru.
Alhamdulillah, kerjasama yang baik yang diberikan oleh responden KPLI-PJ sangat baik dan di sini penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Laporan kajian ini akan disiapkan dalam masa yang terdekat. Penulis akan memaklukan kepada anda jika kajian ini selesai.
Penulis akan cuba mengemukan undian dalam blog ini juga berkaitan persoalan yang sama.
Sila berikan pandangan jika terdapat komen yang membina.