Waktu Solat Hari Ini

Khamis, Februari 26, 2009

Puteri Sulong, Zuriat yang ketiga... Alhamdulillah





Foto Anakanda puteri yang pertama, Fakhriah Amani. Lahir pada 10 Jan 2009 di Hospital Sultanah Nur Zaharah, K.Terengganu. Syukur, Alhamdulillah kerana ditambahkan zuriat yang ketiga, semoga Allah memberi limpah rahmat dan rezeki yang bertambah kepada kami sekeluarga. Terima kasih, adinda Aini kerana sudi melahirkan dan membesarkan zuriat abang.

Tahun ini juga, Amani tidak keseorangan kerana sepupunya juga telah selamat dilahirkan pada bulan januari yang lepas juga, iaitu Majidi 7 Jan 2009, dan 2 minggu lepas awal Febuari, seorang lagi sepupu lelakinya selamat dilahirkan (nama dan tarikh dalam proses). Dan dijangka pertengahan tahun ini juga, seorang lagi sepupu Amani akan dilahirkan. Tunggu, samaada lelaki atau perempuan. Sekarang bila cucu mak dan ayah sudah berjumlah 58 orang. Amani cucu yang ke-57.

Dalam kegembiraan menyambut kelahiran baru pada bulan januari yang lepas, kami sekeluarga juga ditimpa kesedihan kerana anak saudara yang ke-2 telah kembali ke rahmatullah pada usia 20 tahun iaitu anak Abang Him ( Ustaz Salleh Jusoh, Ketua Jabatan JAPIM,IPG Dato, Razali Ismail). Dan selang 4 hari berikutnya, cucu saudara yang pertama, cucu Abg Him yang pertama juga kembali ke rahmatullah, meninggal dalam kandungan berusia hampir 7 bulan. Al-Fatihah, semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa mereka dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin, Ya Rabbal Aalamin.


Tiada ulasan: