Waktu Solat Hari Ini

Khamis, Mei 22, 2008

Kajian Tindakan

Penulis sekarang ini sedang menyiapkan satu kajian tindakan berkaitan satu tinjauan kepada pelajar-pelajar KPLI Pendidikan Jasmani IPKT 2008 tentang sejauh mana faktor minat mempengaruhi pemilihan kerjaya guru.
Alhamdulillah, kerjasama yang baik yang diberikan oleh responden KPLI-PJ sangat baik dan di sini penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Laporan kajian ini akan disiapkan dalam masa yang terdekat. Penulis akan memaklukan kepada anda jika kajian ini selesai.
Penulis akan cuba mengemukan undian dalam blog ini juga berkaitan persoalan yang sama.
Sila berikan pandangan jika terdapat komen yang membina.

Selamat Bercuti Pertengahan Semester Pertama

Hari ini merupakan hari terakhir semua pelajar di bawah kementerian pelajaran sebelum memulakan cuti bermula esok hari. Cuti esok bermula hanya bagi pelajar sekolah dan institut perguruan di zon 1 iaitu terengganu, kelantan dan kedah. Negeri lain di bawah zon 2, sabar dulu yea. Bagi kami pelajar-pelajar KSPK-PJ, alhamdulillah sebahagian besar tugasan telah selamat dihantar untuk dinilai. Cuma sebahagian kecil saja yang belum selesai.

Sempena cuti ini juga, diharap pelajar dan kawan-kawan seperjuangan dapat menghabiskan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan lakukan perkara yang melalaikan dan merugikan. Kalau bernama pelajar, buku jangan sekali-kali dilupakan.

Di sini,penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah IPKT yang mengajar kami terutama kepada Jabatan PJ, En. Baharom, En. Yunus, Tn.Hj Abu Zarin, Pn. Hamedah, Pn. Normar, Cik Mek Yam, dan pensyarah jabatan lain seperti En. Biamin-TMK, Pn. Anisah-K.Emosi, En. Che Ku Mohd Rafee-SDP, Dr.Kamal - P.Perubahan, dan semua pensyarah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kami.

Dah lama tak tengok berita

Sudah begitu lama penulis tidak menonton berita perdana. Kadang-kadang malas nak dengar tentang pergolakan politik Malaysia. Tiba-tiba penulis terkejut mendengar berita pada dua malas lepas di Midnight News di RMT2 mendengar berita Dr. M keluar parti. Kebetulan tv terbuka masa sedang menyiapkan assingment. Rentetan peristiwa itu, malam tadi menonton berita perdana mendengar berita yang panas lagi apabila anak Dr.M keluar parti dan seorang lagi anaknya yang bergelar YB ugut nak keluar parti.

Walauapapun, penulis tidak dapat nak memberi komen apa-apa tentang berita ini. Memadai penulis katakan carilah jalan penyelesaian yang terbaik supaya politik negara stabil dan sekaligus keamanan negara tejamin.

Chelsea Kecundang Lagi

Awal pagi tadi, semua peminat bola sepak tertumpu kepada perlawanan akhir Piala Juara-juara Liga Eropah di antara MU dan Chelsea. Tapi nasib masih tidak menyebelahi Chelsea selepas kecundang dalam penentuan sepakan penalti dengan jaringan 6-5 selepas terikat 1-1. Van Der Sar telah menjadi penyelamat kepada MU selepas menyelamatkan penalti yang ke 14. Walaupun Chelsea dijangka memenangi perlawanan tersebut selepas tinjauan didapati sokongan moral yang tinggi terumata sekali di Moscow. Kesimpulannya Penalti membawa padah kepada Chelsea, bahagia kepada MU.

Selasa, Mei 20, 2008

Hujan oh hujan

Pagi ini hujan turun begitu lebat ditengahan jalan menuju ke IPKT. Biasanya aku menaiki motosikal setiap hari ke IPKT. Hari ini jangkaan aku tepat kerana menaiki kereta, kalau tidak mesti badan aku basah kuyup. Cuaca kat rumah aku masih baik, tapi hati ini tergerak untuk menaiki kereta. Nasib baik... kalau tak, tak tahu nak cakap.

Walaupun begitu, perjalanan tidak lancar kerana keadaan jalan yang sesak disebabkan hujan yang lebat menyebabkan kenderaan bergerak perlahan. Tapi yang penting perjalanan aku menuju ke maktab selamat sampai untuk menimba ilmu, walaupun terlewat sedikit.

Awal pagi tadi sahabat aku, Mawie ada ajak naiki kereta dia. Tapi aku tak sempat kerana belum bersiap lagi. Terima kasih kerana sudi menjemput aku naik sekali. Lain kali saja aku tumpang keretamu.

Walaupun hujan turun pagi ini, ia merupakan rahmat kerana setiap kejadian ada sebab musababnya. Pada pandangan aku, amat baik kerana dah banyak hari kita kepanasan. Bagi peluang sikit kat tanah nak mandi.

Isnin, Mei 19, 2008

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua pensyarah IPKT, rakan-rakan KSPK, dan semua warga pendidik. Sesungguhnya, hari guru merupakan satu hari yang memberi satu penghormatan buat kita semua sebagai pendidik. Tidak kira kita bertugas di universiti, kolej, sekolah atau di mana jua, kita semua adalah sama iaitu pendidik anak bangsa kita. Lakukanlah dengan hati yang ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas yang mulia ini agar kita dipandang mulia oleh masyarakat.

Selamat Hari Guru... Guru Cemerlang, Negara Terbilang.


PDF Perutusan Menteri Pelajaran Hariguru 2008
Muat Turun : (117.37 KB)

Isnin, Mei 12, 2008

Peluang SME dalam WCIT 2008

MSC Malaysia mahu supaya perusahaan kecil dan sederhana (SME) mengambil peluang mengembangkan jaringan perniagaan mereka ke pasaran global sempena Kongres Teknologi Maklumat Dunia 2008 (WCIT 2008) ke-16 yang akan berlangsung pada 18 hingga 22 Mei ini.

WCIT 2008 buat kali pertama akan menggabungkan padanan perniagaan secara online yang dijangka mewujudkan kira-kira 2,000 pertemuan antara perniagaan (B2B) , antara perniagaan dan kerajaan (B2G) dan perniagaan dengan industri (B2I).

Peserta yang hadir pada kongres kali ini melibatkan pihak yang menyertai pameran dan delegasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WCIT 2008, Dan E. Khoo, kongres tersebut menjadi platform untuk SME membentuk pakatan strategik dengan pemain utama serta syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global menerusi padanan perniagaan.

‘‘Dengan membawa ‘dunia ke pintu rumah anda’ WCIT 2008 merupakan peluang untuk meletakkan Malaysia sebagai pemain ICT yang lebih serius di arena antarabangsa,’’ ujarnya.

Sebagai sebahagian usaha penggalakkan tersebut, SME layak menuntut bayaran balik kos perbelanjaan daripada daripada Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dan Geran Pembangunan Pasaran.

Melalui inisiatif tersebut, yang diluluskan oleh Pembangunan Sumber Manusia Bhd. (PSMB) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), SME yang berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) serta Persatuan Industri Komputer dan Multimedia (Pikom) hanya perlu membayar serendah RM250 dengan bayaran balik RM1,500.

Selain WCIT 2008, syarikat SME boleh menyertai majlis berkaitan seperti:

lMobile Monday Global Summit pada 19 Mei.

lPS3 – pameran untuk pertubuhan perisian dan perkhidmatan pada 19 hingga 21 Mei

* Persidangan Perkomputeran Grid (15 hingga 16 Mei ) yang dihoskan oleh Mimos Berhad , sebagai platform memacu penerimaan grid.