Waktu Solat Hari Ini

Isnin, Mei 12, 2008

Peluang SME dalam WCIT 2008

MSC Malaysia mahu supaya perusahaan kecil dan sederhana (SME) mengambil peluang mengembangkan jaringan perniagaan mereka ke pasaran global sempena Kongres Teknologi Maklumat Dunia 2008 (WCIT 2008) ke-16 yang akan berlangsung pada 18 hingga 22 Mei ini.

WCIT 2008 buat kali pertama akan menggabungkan padanan perniagaan secara online yang dijangka mewujudkan kira-kira 2,000 pertemuan antara perniagaan (B2B) , antara perniagaan dan kerajaan (B2G) dan perniagaan dengan industri (B2I).

Peserta yang hadir pada kongres kali ini melibatkan pihak yang menyertai pameran dan delegasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WCIT 2008, Dan E. Khoo, kongres tersebut menjadi platform untuk SME membentuk pakatan strategik dengan pemain utama serta syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global menerusi padanan perniagaan.

‘‘Dengan membawa ‘dunia ke pintu rumah anda’ WCIT 2008 merupakan peluang untuk meletakkan Malaysia sebagai pemain ICT yang lebih serius di arena antarabangsa,’’ ujarnya.

Sebagai sebahagian usaha penggalakkan tersebut, SME layak menuntut bayaran balik kos perbelanjaan daripada daripada Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dan Geran Pembangunan Pasaran.

Melalui inisiatif tersebut, yang diluluskan oleh Pembangunan Sumber Manusia Bhd. (PSMB) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), SME yang berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) serta Persatuan Industri Komputer dan Multimedia (Pikom) hanya perlu membayar serendah RM250 dengan bayaran balik RM1,500.

Selain WCIT 2008, syarikat SME boleh menyertai majlis berkaitan seperti:

lMobile Monday Global Summit pada 19 Mei.

lPS3 – pameran untuk pertubuhan perisian dan perkhidmatan pada 19 hingga 21 Mei

* Persidangan Perkomputeran Grid (15 hingga 16 Mei ) yang dihoskan oleh Mimos Berhad , sebagai platform memacu penerimaan grid.

Tiada ulasan: